Metroseksual

Tahukah anda apa itu METROSEKSUAL? Adakah metroseksual itu GAY? Adakah ia berkaitan dgn kaum dua alam? haha tidak sama sekali. 


Assalamu'alaikum, entry kali ni bertajuk 'Metroseksual'. Bagi sesetengah org, mereka beranggapan bahawa metroseksual berkait rapat dengan golongan 'gay'. Dan ada juga berpendapat bahawa metroseksual tidak semestinya 'gay'. Persoalannya, apakah metroseksual? Baiklah, metroseksual/metrosexual adalah golongan lelaki urban yang mementingkan penampilan, gaya dan kebersihan. Mereka gemar berfesyen dan selalu mencuba sesuatu yang baru supaya tidak bosan dengan gaya tersebut.Antara rutin golongan ini adalah termasuk menjaga kecantikan wajah, pergi ke spa, salon rambut, dll. Aspek yg ditekankan oleh mereka adalah kebersihan dan kekemasan. Kadang2 lelaki metroseksual kulit muka mereka lebih cantik dan bersih drpd wanita. 

'Gay' boleh ditafsirkan sbg golongan lelaki yg mnpunyai nafsu seksual dan perasaan terhadap kaum sejenisnya. Disebabkan gay selalu dikaitkan dengan metroseksual, org semakin kebingungan dan mudah membuat andaian sendiri. Walhal, metroseksual dan gay adalah sesuatu yg berbeza. Mungkin ada lelaki metroseksual yg berstatus 'gay' tetapi bukanlah bermaksud setiap lelaki metroseksual itu adalah 'gay'. Apa yg sy boleh katakan, ini adalah stereotype semata-mata. Lelaki metroseksual masih lagi lelaki sejati yang punya nafsu dan perasaan terhadap wanita, mereka cuma sukakan kecantikan dan kebersihan.

Kepada wanita di luar sana, cuba selongkar bilik tidur dan bilik air lelaki jenis ini. Terdapat bermacam2 produk kecantikan spt pencuci wajah, scrub, toner, pelembab, lip gloss, perfume dll. Jangan terkejut jika apa yg mereka milik lebih drpd anda krn lelaki metroseksual amat cerewet dalam hal2 sebegini. Wajah mereka sgt bersih dan mereka kerap bercukur untuk nampak lebih kemas. Ada yg suka simpan jambang dan ada yang tidak suka facial hair, ia bergantung kpd individu itu sndiri dan kesesuaian mngikut bentuk muka. Belum tgk wardrobe lagi, semestinya penuh dengan pakaian2 yg sangat stylish dan penuh gaya. Semuanya lengkap, tetapi tidak semestinya mewah asalkan berkualiti dan memenuhi citarasa. 

Kesimpulannya, jika anda mngenali lelaki spt ini, jangan mudah membuat andaian atau beranggapan bahawa mereka 'gay' atau pondan kerana mgkin ada dikalangan sahabat2 anda berstatus metroseksual.Siapa tahu kan. Ok, setakat ini sajalah yg bleh sy kongsikan tentang metroseksual, terima kasih krn sudi membaca dan komen2 membina serta soalan2 yg berkaitan amatlah dialu2kan.

0 comments: